Monday, May 4, 2009

Bangkit selepas terjatuh..

Terkadang kita terasa amat sukar bagi kita dalam menempuh ujian Allah S.W.T di dunia ini...Aku juga tidak terlepas dari merasa begitu...Perasaan yang sentiasa berlawanan dengan fitrah manusia yang dipanggil nafsu,jika ianya bukan satu ujian yang sukar,Mengapa Rasulullah S.A.W menyifatkan menentang nafsu di dalam diri sebagai satu jihad yang lebih besar daripada jihad menentang musuh Allah S.W.T..

Aku ingin menjadi hamba yang sentiasa mengingati-Nya,sentiasa melagukan kalam-Nya di dalam hati,merasa yakin dengan janji-janji dan cuba berpegang dengan janji,merasa manis ketika menghadap-Nya tiap kali dalam solat ataupun dalam ibadah yang lain...Menjadi Mukmin yang sentiasa menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia...Ampunilah aku di kala aku terjatuh ketika ingin mendamba maghfirah dari-Mu..

Duhai Diri,janganlah berputus asa dalam mendamba rahmat-Nya..Ya Allah,hamba-Mu yang lemah ini sentisa mengharapkan rahmat serta pengampunan dari-Mu biarpun sentiasa jatuh,jatuh dan terus jatuh dalam menjadi hamba-Mu yang dinilai dari kemuliaan Taqwa..Aku akan bangun kerana-Mu...

No comments:

Post a Comment